Dec
31

Selamat tinggal 2008

Tanpa kita sedari masa berlalu begitu cepat berlalu. Tahun 2008 akan melabuhkan tirainya dengan 1001 pengalaman dan perkara manakala tahun 2009 akan merasmikan pembukaan nya tidak lama lagi. Bagi saya tahun ini merupakan tahun yang mana saya perlu berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai matlamat dekat saya. Kurangkan main, kurangkan tidur, tumpu perhatian sepenuhnya, berusaha tingkatkan diri sebaiknya, perlu menjaga masa dan sebagainya.

Banyak subjek yang perlu saya cover balik kerana banyak yang saya ketinggalan pada tahun ini. adui..>.<.. perlu banyak bersabar dah tabah untuk menghadapi peperiksaan penting ni. Tapi saya ingin mengingatkan diri saya sendiri, peperiksaan di alam sana lagi berat. saya perlu tingkatkan byk lagi amalan.. huhu.. entah lulus ke tidak di sana. bila-bila masa sahaja peperiksaan yang paling besar itu boleh berlaku. Namun diri ini masih lagi bergelumang dengan dosa-dosa. Ya Allah.. Mampukah daku meraih kemerdekaan yang hakiki di sana??:eek: Ya Allah bantulah daku dalam setiap urusan hidupku. huhu.. :cry:. Mengapakah saya sering membuat dosa? mengapa?. satu persoalan yang saya perlu menjawabnya. Adakah disebabkan kurangnya atau lemahnya iman saya..  Ya Allah.. saya tahu engkau lebih mengetahui.. Saya hanyalah seorang hamba yang hina lagi dinar.

saya juga ingin memperingatkan diri saya terutamanya agar sentiasa membawa DUIT.. kemana sahaja, bila-bila masa saya perlu membawanya kerana ia sangat penting bagi diri saya dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.  Doa, Usaha, Istiqomah/Ikhlas, dan Taqwa mesti menjadi teman diri saya. Matlamat perlu jelas. Matlamat saya perlu disemat di dada. ingat!!.. matlamat saya tidak akan luntur. saya perlu cekal. saya perlu kuat untuk menghadapi semua ini. Allah tau saya mampu. Sebab itu dia memberikan ujian ini kepada saya. DIA tahu apa yang terbaik untuk hambaya. Tetapi diri saya sering sahaja melupakan apa yang Allah kurniakan. Sering sahaja terlupa untuk apa saya dijadikan di dunia ini. Bukan untuk berseronok, berfoya-foya dan sebagainya tetapi Allah jadikan kita hanyasanya untuk berubidiah kepadanya. INGAT!!! pengiran.. untuk berubudiah.. menghambakan diri kepada NYA.. bukan untuk bermain:!:.. huhu:eek::eek:.. cukuplah untuk saya bersuka ria.

Mungkin ini post saya yang terakhir untuk cuti ini. Insyallah saya akan terbang ke KL pada esok hari pada pukul 9.00 pm. cepatnya cuti ni kan. huhu..  masa untuk berjuang habis-habisan untuk meraih redhanya.. amin.. sebelum itu saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada semua yang lahir pada bulan yang sama dengan saya ni iaitu bulan Januari ini. Terutamanya kepada Bro Malek, lepasan sek men sains kat Johor yang pernah saya jumpa sewaktu kem bomba kebangsaan hari tu.. (ni aku dah wat ucapan utk ko.. kih32.. hadiah tak ada bro:razz: ) dan tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat saya  Ahmad Azhar, Salim Rushdan, Mukhlis Nasri, Akhi Hilal, akeem,atey  dan budak-budak malakat92. (tak ingat dah:sad:.. sapa nak tersenarai gtau la ye :razz:) terimalah kad yang tak seberapa ni..

bday-card

click to enlarge it

Dan kepada semua pembaca-pembaca sekalian, jazakallah banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa untuk membaca apa yang saya tulis. Mudah-mudahan ilmu yang saya kongsi kita dapat terjemahkannya dalam kehidupan seharian kita ye. :lol:.. May Allah bless you.. Ni ada kad untuk para pembaca juga.

click to enlarge it

click to enlarge it

Jangan lupa doakan untuk saya dan yang lain agar Allah berikan yang terbaik kepada kita semua. Target saya untuk SPM ni 12A1 insyallah.. Saya mahu menjadi dentist yang boleh berkhidmat untuk islam.. amin ya Allah. :smile:. Semoga kalian juga mempunyai target yang sama ya. Ingatlah jihad yang kita mampu ialah menuntut ilmu. Kita tidak mampu untuk berjihad macam sahabat-sahabat kita di palestine sana. saya harap, sahabat-sahabat semua sudah membaca cerpen karya akhi Hilal Asyraf yang telah saya post-kan sebelum ini dan sama-sama kita berdoa.

Sampai sini sahaja coretan saya ini. Saya mohon ampun dan maaf sekiranya saya tersilap bahasa dan tutur kata sepanjang berkomunikasi dengan sahabat sekalian. mohon maaf juga jikalau saya ada melakukan perkara-perkara yang kalian tidak sukai. saya hanyalah hamba Allah yang biasa yang sering membuat salah dan silap.:cry::cry:.. sama-samalah kita berjuang wahai sahabat-sahabat ku.. wallahualam.. Assalamualaikum WBT.. pengiran92

SociBook del.icio.us Digg Facebook Google Yahoo Buzz StumbleUpon
Dec
30

Cerpen : Anak Palestina

Aku anak palestina.



Assalamu’alaikum,

Namaku Fathi, dan aku adalah anak palestina. Aku berumur 20 tahun. Sepanjang itu jugalah aku membesar di tanah berdarah ini, dan menjadi saksi kepada segala apa yang berlaku. Peperangan, pembunuhan, kematian, pengeboman, dan pelbagai lagi perkara seakan sudah menjadi panorama biasa untukku. Kamu tahu, hatta dentuman bom dan muntahan peluru seakan-akan menjadi dodoian tidur untukku. Tetapi jangan kata aku bahagia, hakikatnya hatiku sering tercalar dengannya.

Aku membesar tanpa keluarga. Ayah dan ibuku telah terkorban apabila Israel merampas rumah kami. Masih jelas pada tubir mataku, bagaimana ayahku ditembak dengan kejam, dan ibuku dirogol tanpa belas kasihan, bahkan, mereka dengan buas telah mengoyakkan perut ibuku yang ketika itu sedang mengandung, mengeluarkan adikku yang ada di dalam rahim, lalu menembak adikku yang tak berdosa itu berkali-kali. Mujur sahaja pejuang Hamas tiba ketika itu, jika tidak, pasti aku tidak akan ada di sini, bercerita kepada kamu.

Aku masih ingat lagi yang ketika itu aku berumur 6 tahun. Pejuang Hamas yang menyelamatkan aku bernama Yahya. Sesuai dengan namanya, ALLAH telah mengizinkannya memberikan kehidupan baru kepadaku. Dia telah menjagaku, dan membesarkanku serta memberikan pendidikan kepadaku. Aku memanggilnya ‘bapa’. Bagi aku yang melihat sendiri bagaimana Israel menamatkan riwayat seluruh ahli keluargaku, kasih sayang bapa membuatkan aku amat mengasihinya. Dia seakan-akan memberikanku cahaya.

Namun bahagia tidak panjang. Kehangatan kasih sayang bapa terhenti apabila Israel melanggar gencatan senjata yang entah buat kali ke berapa. Bapa telah mati dalam satu pertempuran apabila Israel cuba menceroboh. Ketika itu aku sudah sedikit besar, umurku sudah 20 tahun. Memandangkan pada waktu itu juga madrasah tempat aku menuntut ilmu telah dirobohkan oleh Israel, maka aku mengangkat senjata dan berjuang bersama-sama pasukan Izzuddin Al-Qassam, yang merupakan sayap kanan Hamas.

Perjuangan semakin sukar, kerana Israel telah berjaya membuatkan seluruh negara ISLAM yang lain berdiam diri dengan keadaan kami. Belasan tahun berlalu, peperangan terus berlaku, dan darah terus tertumpah. Nyawa saban hari melayang. Suasana sudah ada perubahan. Dari teruk menjadi semakin teruk.

Hari ini, sekali lagi Israel laknatullah telah melanggar perjanjian gencatan senjata. Malah, mereka telah berjanji untuk menyapu bersih segala penentang dalam serangan kali ini. Gaza telah menjadi tumpuan serangan.

Israel tidak lagi menghiraukan pandangan dunia. Mereka sebenarnya langsung tidak takut dengan sebarang ancaman atau teguran yang dikeluarkan oleh negara-negara lain. Hal ini kerana, mereka tahu bahawa negara-negara lain tidak mampu berbuat apa-apa melainkan bersuara sahaja. Amerika telah menjadi boneka Israel, dengan mempertahankannya. Malah Amerika sendiri telah menghantar bantuan ketenteraan untuk Israel.

Serangan kali ini adalah serangan yang terdasyat. Israel telah menghantar 200 jet pejuang ke ruang udara Gaza, dan melepaskan bom serta torpedo secara rambang ke arah bandar. Angka kematian mencecah 3000 orang. Yang terkorban dalam serangan buas ini bukan sahaja para pejuang, malah termasuk sekali anak-anak kecil, perempuan dan orang-orang tua yang tak berdaya. Bangunan-bangunan banyak yang hancur dan roboh.

Gaza telah menjadi sungai darah. Suasana yang memang sedih, menjadi tambah menyayat hati. Mayat bergelimpangan di sana-sini. Mayat-mayat hancur juga banyak yang bersepah di atas jalan. Ada juga yang tertepek pada dinding-dinding bangunan. Kemusnahan kali ini memang di luar akal. Inilah yang terdasyat pernah terjadi.

Dalam kemusnahan dasyat disebabkan tangan Israel laknatullah ini, kami mendapat berita bahawa ada kerajaan dunia menegur tindakan zalim Israel. Namun, teguran itu membuatkan telingaku tambah berasap. Kamu tahu apa tegurannya?

“ Harap Israel boleh cuba mengelakkan serangan mereka dari rakyat biasa”

Pada aku yang berada di tengah-tengah Gaza ini, itu adalah teguran terbodoh. Mana mungkin hendak mengelak dari rakyat biasa? Adakah mereka mempunyai peluru berpandu yang boleh mengesan sama ada manusia itu askar atau tidak? Tahukah mereka bahawa Gaza ini penuh dengan rakyat yang tak berdosa? Malah torpedo dan bom yang dilepaskan oleh Israel mempunyai lilitan letupan yang besar. Mustahil tidak mencederakan rakyat biasa. Lihatlah apa yang terjadi di sini, kalau Israel boleh mengelak rakyat biasa, pasti tidak akan ada mayat-mayat anak kecil, perempuan lemah dan orang tua di sana-sini.

Kini, jet pejuang Israel telah mengosongkan ruang udara Palestin. Adakah mereka hendak berhenti? Tidak. Mengikut maklumat yang telah kami terima, mereka sudah bersedia di luar Gaza dengan 100 buah kereta kebal. Mereka hendak melunaskan kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh jet pejuang.

Aku di balik dinding ini, bersama-sama beberapa orang sahabatku, sedang menanti kehadiran mereka dengan hanya berbekalkan AK-47, senjata yang boleh dikatakan kuno jika hendak dibandingkan dengan senjata Israel. Hamas telah menetapkan untuk bertempur hingga ke hujung nyawa. Maka beberapa kumpulan telah diarahkan untuk mensabotaj kereta kebal-kereta kebal yang memasuki Gaza. Kalau boleh, kami diarahkan untuk merampas kereta kebal.

Sebahagian anak-anak kecil sudah mengutip batu-batu. Aku terasa seperti hendak menangis. Kasihan. Teringat ketika aku berusia 6 tahun dahulu. Saat ayah dan ibuku mati dalam keadaan yang azab. Mereka juga sepertiku. Cuma bezanya, mereka mungkin tidak sempat membesar. Ini mungkin peperangan terakhir bagi kami. Dengan bilangan kami yang tinggal hanya sekitar 100 orang, agak mustahil untuk menang.

Aku bukan tidak yakin atas bantuan ALLAH. ALLAH ada berfirman,

“ Berapa banyak sudah pasukan yang kecil menewaskan pasukan yang besar dengan izin ALLAH,”

Tetapi aku rasa, apa yang berlaku pada saat ini adalah teguran ALLAH kepada ummat ISLAM seluruhnya. Yang aku tahu, ummat ISLAM pada hari ini sering bertelagah. Malah ramai dari kalangan mereka yang tidak ambil kisah dengan saudara mereka. Mereka hidup dalam suasana ananiah yang menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu untuk merasakan penderitaan saduara-saudara mereka. Kalau di sini, mudah untuk dilihat bagaimana Fatah mengkhianati Hamas dalam kesatuan mereka untuk menjaga Palestin. Tidak sangka bahawa mereka itu pengecut yang tidak berguna. Menikam kami dari belakang, bahkan tidak menghiraukan langsung keadaan rakyat. Yang mereka tahu hanyalah kuasa. Mereka itu adalah boneka Israel.

Aku juga mendengar bahawa,negara-negara ISLAM di luar sana sudah tidak mengamalkan ISLA di negara masing-masing. Pemimpin-pemimpin mereka leka dengan kesenangan yang ada. Semuanya tunduk dan sujud menyembah Amerika dan segala kuncu-kuncunya.

Aku tahu, ini bukan salah mereka. Mereka sebenarnya telah disuntik dengan jarum beracun pada akhir era Khilafah Uthmaniyyah lagi. Ummat ISLAM melemah, melemah, dan terus melemah sehinggalah jika ada saudara mereka yang dibunuh, dicincang, diinjak, terkorban, hati mereka langsung tidak merasa. Namun semangat juang para muslimin masih meninggi. Apabila Israel memasuki Palestin pada tahun 1948, masih ada sebahagian muslimin yang merentasi sempadan dan membantu orang-orang di sini.

Read the rest of this entry »

SociBook del.icio.us Digg Facebook Google Yahoo Buzz StumbleUpon
Dec
29

Kehadiran Mu Menusuk Jiwaku

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bertemu kita kembali . Sedar tidak sedar sudah awal muharram kan. Banyak masa yang kita telah buang dan kita lupai. Marilah sahabat-sahabat sekalian kita bermuhasabah pada diri kita kembali terutamanya diri saya sendiri lah. Apakah yang telah dilakukan sepanjang tahun 1429 Hijrah yang baru berlalu. Malam semalam telah memasuki 1430 Hijrah. MasyAllah sudah lama dari tarikh sahabat-sahabat Rasululah berhijrah ke Madinah.:lol:

Ahlan wa sahlan ya muharrram. Sudah bertemu kita kembali. Tahun ini bermulalah satu misi yang besar yang perlu dicapai oleh saya dan sahabat-sahabat sekalian. Tahun baru sudah menjelang ,  jadi azam pun mestilah diperbahrui dan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan Mardotillah iaitu keredhaan Allah SWt. Amin..  Maka kita sama -sama perlu meneliti/ menganalisis diri kita untuk kita membuat perancangan yang tersusun tahun ini.

Alhamdulillah saya hampir siap merancang apa yang perlu saya lakukan untuk menempuh tahun yang agak mencabar ini:eek:. Berasa takut pun ada. Tetapi saya akan tetap menempuhinya jua. Bagaimana sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian?  Adakah kalian sudah bersedia untuk menghadapi tahun mendatang ini? Tanyalah diri kita kerana kita tahu apa kehendak dan target kita. Alhamdulillah setelah membaca artikel yang dikeluarkan oleh sahabat saya iaitu Rafhan Ridha, kita mampu menganalisis dir kita menggunakan SWOT Analysis, TOWS Metrix dan strategic Planing. Mudah-mudahan selepas kita sudah merancang, Allah akan memudahkan segala urusan kita. Kita merancang Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih baik.

Pada tahun 1430 ini, marilah kita sama-sama berazam sedaya upaya untuk melakukan setiap perkara itu ikhlas kerana Allah SWT. Seperti mana yang kita sama-sama ketahui maksud hadis Rasulullah SAW :

“Menurut Umar Al-Khattab, beliau telah mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa hijrahnya karena dunia yang akan diperolehi atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.”[2]

Setiap orang ada matlamat yang sama tetapi niat yang berbeza. Samalah seperti kita.. contohnya, kita sama-sama nak kejar untuk mendapatkan yang terbaik dalam SPM nanti tetapi niat untuk memperoleh kejayaan tersebut berbeza-beza. Ada yang berusaha kerana ingin mendapat nama, mendapat pujian  dan ada juga berusaha semata-mata mendapat keredhaan Allah. Alhamdulillah, moga-moga ikhlas kerana Allah diletakkan sebagai matlamat utama. Amin..:grin:

3 perkara sebab seseorang melakukan amalan yang ikhlas. Jom mari kita sama-sama kita teliti sebab ini tersebut

  1. Seseorang yang melakukan amalan itu adalah semata-mata takut kepada Allah.  Kerana ketakutannya kepada Allah SWT, dia tidak sanggup untuk meninggalkannya. Dia takut dengan azab yang Allah janjikan kepada orang yang tidak taat kepada-NYA.
  2. Seseorang itu melakukan sesuatu amalan kerana mengharapkan syurga dan pahala. Ada Allah bersabda yang maksudnya lebih kurang sebegini insyallah, “mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu perniagaan yang menguntungkan, berimanlah kepada Allah dan berjihadlah di jalan NYA….sehingga akhir ayat”. Allah sediri menjanjikan DIA akan membeli orang yang beriman dengan syurganya. Tidak muhu kah kita??
  3. Seseorang itu melakukan sesuatu amalan kerana malu kepada Allah. Seseorang ini merasakan dirinya masih tidak cukup amalannya, diterima Allah ke tidak dan sebagainya.

Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan untuk mendapat keredhaan Allah, maka hendaklah dia beramal soleh. Kita melakukan setiap perkara hanyalah untuk mendapatkan keredhaanNya. Kita memasuki syurgaNYA pun dengan keredhaannya juga. Seperti mana sebuah kisah seorang abit ( orang yang beribadat) yang telah beribadah selama 1000 tahun lamanya, apabila dia meninggal dunia, Allah kurniakan dia syurga tetapi dia menyatakan kepada Allah,”aku mahu masuk syurga kerana amalanku”. Apabila dikira amalanya, tidak cukup untuk membeli nikmat mata yang dikurniakan oleh Allah kepadanya… MasyaAllah, pentingkan Redhanya.

InsyaAllah, sampai sini sahaja pertemuan kita pada kali ini. kita sama-sama doakan agar tahun baru ini kita berhijrah kepada sesuatu yang penuh bermakna. wallahualam.. Assalamualaikum…

SociBook del.icio.us Digg Facebook Google Yahoo Buzz StumbleUpon
Dec
25

Discover Islam.

Assalamualaikum..

Banyaknya ujian Allah pada diri saya sepanjang cuti ni. Rumah blackout lagi. satu hari pulak tu. Alhamdulillah parents ada.. boleh la keluar pergi jalan-jalan >.<.. Pastu bila elektrik dah okey, internet pulak tak boleh connect. huhu:eek: . sabar je lah. hurmm.. Bersemangat la saya hari ni bila internet dah ada . ingatkan nak check result peperiksaan hujung tahun kat website sekolah.  Rupa-rupanya tak keluar lagi. hurmm.. dah la nak buka skolah dah. Mesti terok result kali nii..:eek:.. hhuhu.. Berdoa je lah kan.

Hari ni saya ada aktiviti mengemas rumah. clearkan barang-barang tak guna. pastu barang-barang tu hantar pergi jual kat kedai besi buruk. dapat la dalam RM 20.00 cam tu. Ok la daripada buang cam tu je kan. So nasihat saya, hehe… jangan lah buang sampah macam tu je. tengok sampah tu ada nilai ke tak. hehe:razz:…. hurmm.. ok2. x tau nak crita apa da. .. kita masuk sesi ilmu pulak ye. :lol:.. dah brapa post dah tak ada sesi ilmu kan..

Insyallah saya akan bincangkan tentang diri kita. saya dapat pengisian ni tahun lepas.. bulan 4 tahun 2007. Alhamdulillah saya masih simpan buku catatan saya. Tapi sekarang sudah habis sudah. tahun depan kene beli baru la.:grin:.. Penyampaian diberikan oleh cikgu Azmi Bahari.

Sesiapa yang merasakan dirinya sempurna, ingatlah bahawa sebenarnya seseorang itu semakin jauh dari Allah SWT. Seperti mana yang kita ketahui semua manusia yang Allah ciptakan tidaklah sempurna kecuali Rasulullah. Setiap insan ada kelemahan masing-masing.  Jadi kita haruslah menerima kekurangan yang terdapat pada orang lain dan cuba sedaya upaya untuk membantu seseorang itu.:grin:..  Tidak lupa juga pada diri kita yang juga mempunyai kekurangan, kita haruslah mengetahui kekurangan dan cuba sedaya yang boleh untuk mengubahnya atau memperbaikikannya. Apabila rakan, guru, atau ibu bapa kita memberi nasihat, kita haruslah mendengar sebaik - baiknya agar apa kesalahan kita dapat diubah menjadi sifat positif.  Sesungguhnya nasihat itu amat berguna bagi orang beriman. Sekiranya kita beriman, pasti kita mengambil nasihat sebagai platfom untuk kita berubah. Hikmah Allah jadikan diri kita serba kekurangan ialah agar kita saling bantu membantu satu sama lain. Bak kata pepatah melayu, seperti aur dengan tebing:lol:

wahai pembaca yang saya kasihi dan tidak lupa diri saya sendiri, tegakkanlah islam dalam diri kita (jiwa kita) nescaya islam akan tertegak dalam tanah air kita yang tercinta. Maknanya disini, untuk mewujudkan sesuatu masyarakat yang mengamalkan gaya hidup islam (DEEN) , kita merupakan orang pertama yang mengambil islam dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita. Barulah masyarakat sekeliling atau terdekat akan mencontohi kita tanpa menyeru apa-apa terhadapnya. Hanya pergaulan dan tingkah laku yang baik sahaja dapat membuatkan mereka tertarik.

Untuk memmenegakkan islam dalam diri kita, kita kenalah beramal dengan apa yang diperintahkan atau digariskan oleh Allah SWT agar menjadi acuan  yang DIA sukai. syarat untuk menjadikan amalan kita diterima oleh Allah, yang pertama kita mestilah membuat amalan tersebut ikhlas kerana-NYA, semata-mata untuk mencari keredhaan-NYA. Yang kedua ialah, kita mestilah melakukan setiap amalan tersebut  mengikut apa yang dilandaskan oleh Allah SWT..  Dengan ini InsyaAllah ibadah kita akan diterima oleh Allah SWT. .Wallahualam.. setakat itu sahaja yang sayadapat kongsikan. Semoga Allah merahmati kita. Amin.. :smile:


SociBook del.icio.us Digg Facebook Google Yahoo Buzz StumbleUpon